South Silver Sdn. Bhd. 旗下
立即申请

“Pinjaman Peribadi Dalam Talian” merupakan platform digital dalam talian kami yang menawarkan keselesaan mutlak dan kecekapan masa kepada pelanggan untuk memohon pinjaman, pengesahan, perjanjian bertandatangan, dan pemindahan dana tanpa perlu mengunjungi premis kami secara fizikal.

Menggunakan teknologi terkini yang sama yang digunakan dalam industri keselamatan siber seperti OTP (One-Time Password) dan kemudahan e-KYC (E-Know Your Customer), sistem “Pinjaman Peribadi Dalam Talian” kami dibangunkan untuk mematuhi sepenuhnya peraturan dan panduan yang diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), memastikan perlindungan data yang ketat dan proses transaksi yang lancar tanpa masalah.

Dapatkan perkhidmatan kami HARI INI dengan platform pemberian pinjaman wang yang cekap di Malaysia. Hubungi kami di talian +603 9139 0333 atau [email protected]

Cara Memohon

  1. Langkah 1Daftar Akaun
  2. Langkah 2Mulakan Permohonan Baharu
  3. Langkah 3Pemeriksaan Asas (Kad Pengenalan)
  4. Langkah 4Pengesahan e-KYC
  5. Langkah 5Butiran Input
  6. Langkah 6Muat Naik Dokumen Sokongan
  7. Langkah 7Hantar Permohonan
  8. Langkah 8Pengesahan E-mel untuk Permohonan
  9. Langkah 9Pemprosesan Pinjaman
  10. Langkah 10Permohonan Diluluskan
  11. Langkah 11Memilih Pilihan Pengakusaksian
  12. Langkah 12Proses Pengakusaksian
  13. Langkah 13Tandatangan Digital
  14. Langkah 14Dokumen Disahkan
  15. Langkah 15Pengeluaran Pinjaman
  16. Langkah 16Muat Turun Perjanjian dan Sijil LHDN

Sebab-Sebab Memilih Kami

  1. Selamat dan Mematuhi Peraturan

    Perkhidmatan kami mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT dengan sepenuhnya dan mempunyai beberapa perlindungan untuk memastikan keselamatan maklumat pelanggan kami terjamin, seperti penggunaan pengecapan LHDN, pengesahan dokumen dan pengesahan OTP.

  2. Mudah

    Nikmati kemudahan proses permohonan pinjaman anda tanpa kesulitan di mana-mana pada bila-bila masa melalui platform dalam talian tanpa mengunjungi pejabat kami.

  3. Tanpa Interaksi

    Oleh sebab wabak Covid-19 yang melanda, kami telah memadankan pendekatan digital ke dalam model perniagaan kami bagi memastikan keselamatan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang cepat lagi berkesan.

  4. Kelulusan yang Cepat

    Anda tidak perlu risau akan status permohonan pinjaman anda berterus-terusan kerana pinjaman anda akan diluluskan dalam tempoh tiga hari pada waktu bekerja.

  5. Pendokumenan Dalam Talian

    Pendekatan digital dalam perniagaan kami yang serba baru ini telah membolehkan penyerahan dokumen dalam talian. Keperluan dokumen fizikal telah dikurangkan dalam permohonan pinjaman peribadi anda. Oleh itu, ia telah menjimatkan masa dan mengelakkan kos tambahan.

Produk Kami:

Pinjaman Peribadi (Tidak Bercagar)

  1. Jumlah pinjaman minimum ialah RM1,000.00 manakala jumlah maksimum ialah RM10,000.00.

  2. Tempoh pinjaman dari 1 tahun (12 bulan) hingga 5 tahun (60 bulan).

  3. Kadar faedah tetap sehingga 18% setahun (Tertakluk kepada kelulusan).

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.

  2. Berumur 21 tahun ke atas.

  3. Pendapatan kasar minimum berjumlah RM1,500.00.

Dokumen yang Diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Asal (Depan dan Belakang).

  2. Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini.

  3. Salinan Penyata Bank 3 Bulan Terkini.

  4. Salinan Penyata KWSP atau Borang Cukai Pendapatan (Borang BE) Terkini.

  5. Salinan Bil Utiliti (Contoh: Elektrik, Air dan sebagainya)

Kadar dan Caj:

Kadar Faedah: Sehingga 18% setahun (Tertakluk kepada kelulusan).

Tiada caj bayaran penyelesaian awal diperlukan. NAMUN, pelanggan mungkin akan kena yuran dan caj tambahan daripada South Silver Sdn. Bhd. bagi perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan.

*NOTA: Pelanggan kena bayar semua cukai yang munasabah (jika ada).

Cara Bayaran Balik

Anda boleh membayar balik sama ada antara cara auto debit atau pemindahan wang FPX dalam talian.

Dokumen